PROGRAM : E PEMBELAJARAN : ASAS BAHASA INGGERIS TARIKH : 08 DISEMBER 2017 MASA : 9:00 AM - 10:00 AM LOKASI : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG KALAI PESERTA :5 ORANG |
Tujuan :
Kelas asas bahasa inggeris ini diadakan adalah bertujuan memberi pemahaman yang lebih baik dan jelas dalam penggunaan grammar mereka.
Aktiviti :
Pengajar menerangkan pembelajaran yang akan diajar. Manakala pelajar perlu mendengar dengan baik serta memberi perhatian yang jelas supaya tidak terlepas daripada pengajaran yang diajar. Pelajar perlu menulis pembelajaran itu supaya lebih faham. Pelajar juga disoal untuk mengetahui tahap kefahaman mereka dalam asas bahasa inggeris ini.
PROGRAM : PERTANDINGAN MEWARNA POSTER CHECK YOUR LABEL TARIKH : 01 NOVEMBER 2017 MASA : 03:00 PM - 5:00PM LOKASI : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) KG KALAI PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan :
Pertandingan mewarna poster check your label ini dihadiri oleh 6 orang peserta sekolah rendah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada klik dengan bijak berkaitan periksa label dibarangan elektronik serta meningkatkan pengetahuan kepada mereka.
Aktiviti :
Peserta dikehendaki megikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh staf. Dalam pertandingan ini peserta perlu mewarna mengikut warna asal. Contohnya, label MCMC mereka perlu mewarna dengan betul iaitu pink,kuning dan biru. Begitu juga label-label yang lain. Aktiviti ini boleh mendedahkan serta meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengenal dan membezakan label-label yang terdapat di alatan elektronik. Peserta juga didedahkan kepada pentingnya memeriksa label yang terdapat di alatan elektronik sebelum membeli.
Tarikh : 26 Ogos 2017 Masa : 2:00pm - 5:00pm Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg Kalai
Peserta : 9 Orang
|
Tujuan :
Aktiviti ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah dan 8 orang sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang permainan tradisional yang kini telah pupus. Aktiviti ini juga dijalankan untuk meningkatkan tahap kerjasama dikalangan peserta dan petugas Pi1m.
Aktiviti :
Antara aktiviti kemerdekaan yang dijalankan adalah permainan tradisional iaitu permainan congkak, batu seremban, membuat topeng merdeka serta tayangan klik dengan bijak.
PROGRAM : PENGENALAN DASHBOARD KOMUNITI TARIKH : 15 OKTOBER 2017 MASA : 11.00 AM - 12.30 PM LOKASI : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG KALAI PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan :
Kelas Pengenalan Dashboard Komuniti dihadiri pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang berjumlah 7 orang. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan dashboard komuniti kepada pelajar sekolah. Dimana Dashboard komuniti ini mempunyai banyak modul dan fungsi masing-masing. Antaranya ialah My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Place dan My Shop. Di dalam setiap modul ini terdapat kelebihan dan faedah yang banyak kepada setiap komuniti.
Aktiviti :
Peserta didedahkan kepada setiap modul iaitu My Komuniti dimana peserta dapat membuat pengumuman penting berkaitan isu-isu semasa. Manakala My Health pula peserta dapat membuat pemeriksaan tekanan darah yang diperiksa oleh petugas Pi1m dan hasil pemeriksaan tersebut peserta dapat melihat data tersimpan didalam My Health. Peserta juga didedahkan kepada My Place supaya boleh melihat tempat-tempat menarik di sekitar komuniti. Manakala yang terakhir adalah My Shop. Didalam My Shop ini peserta dapat melihat jualan-jualan popular serta barangan yang dijual oleh komuniti setempat serta komuniti luar.