PROGRAM : LATIHAN KEUSAHAWANAN TARIKH : 05 APRIL 2018 PESERTA : 1 ORANG KATEGORI : USAHAWAN |
Tujuan :
Bimbing usahawan kemahiran dan teknik pemasaran dan juga pengiklanan
Aktiviti :
Latihan keusahawanan mengenai teknik lipatan pakaian yang hendak dijual dan diiklankan
serta teknik mengambil gambar untuk mempromosikan produk
PROGRAM : MENANDA NAMA NEGERI DALAM PETA MALAYSIA TARIKH : 4 MAC 2018 MASA : 3:00 PM - 4:00 PM PESERTA : 10 ORANG KATEGORI : SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH |
Tujuan :
Untuk menggalakkan peserta mengenal negeri-negeri di dalam Malaysia serta meningkatkan pengetahuan mereka bagi yang tidak tahu menjadi tahu.
Aktiviti :
Kelas ini di jalankan bagi meningkatkan pengetahuan peserta supaya lebih mengenali negeri-negeri yang ada di Malaysia. Peserta juga didedahkan dengan peta Malaysia supaya mereka terbiasa dan tahu dengan jelas di mana satu-satu negeri itu terletak. Peserta yang menyertai adalah 10 Orang. Peserta juga dikehendaki menulis setiap satu negeri yang ada di setiap peta tersebut.
PROGRAM : BELAJAR MENULIS ABJAD ABC TARIKH : 11.01.2018 MASA : 03:00 PM - 04:00 PM LOKASI : PI1M KG KALAI PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan :
Untuk memberi pendedahan kepada peserta OKU supaya dapat mengenal IT serta kemudahan yang disediakan kepada komuniti dan juga dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
Aktiviti :
Kelas belajar menulis abjad ABC di dalam Microsoft Word ini di adakan kepada peserta OKU, dimana mereka lemah dalam mengenal abjad. Staf telah mengajar mereka cara-cara menaip dengan betul. Mereka juga diajar tentang menyusun abjad dengan baik serta mengikut urutan abjad dengan betul.
PROGRAM: TUTORIAL ANYAMAN DAN MENULIS ABJAD TARIKH: 13. FEB. 2018 MASA: 4.00 PM - 5.00 PM PESERTA: 2 ORANG KATEGORI: KANAK-KANAK |
Tujuan:
Mengasah kemahiran dan kreativiti peserta kanak-kanak disamping memberi pembelajaran mengenal abjad dan suku kata
Aktiviti:
kelas tutorial DIY anyaman kertas membentuk tikar adalah kelas asas DIY bagi peserta kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah bagi mengasah kemahiran dan kreativiti di samping pembelajaran yang diberikan selepas aktiviti anyaman selesai
PROGRAM : KELAS ASAS PROGRAMMING TARIKH : 16.12.2017 MASA : 10:00 AM - 1:00 PM LOKASI : PI1M LAB KAMPUNG KALAI PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan :
Memberi pendedahan asas programming visual basic dan aplikasi coding kepada peserta.
Aktiviti :
Kelas asas programming ini telah di ajar oleh En Mohd Shanusi bin Al Sahree. Beliau memberi penerangan dengan jelas kepada peserta supaya peserta dapat memahami dengan betul. Peserta juga di agihkan kepada 3 kumpulan supaya dapat mempelajari dengan jelas. Peserta mencipta programming mengenai Jom Kenali Kereta, I am me dan My favourite artist. Peserta memberi perhatian yang baik dalam menjalankan tugas masing - masing.