Tasik Pergau Sanctuary Resort

 

38945822

Jeli, kelantan terkenal dengan tasik pergau yang memberikan pelbagai kelebihan kepada pencinta alam semulajadi. Selain koleksi flora dan fauna yang banyak dI tempat itu.  Tasik buatan manusia ini  yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Temenggor dan Pergau.

 


signboard-tepi-jalan

    Ini papan tanda yang akan anda lihat di Hentian Rehat Jeli

 

Tasik santuri pergau terletak di laluan timur barat di mana Pengunjung dari Perak ke Tasik Pergau boleh menggunakan laluan Timur-Barat dari Gerik ke Jeli, sementara pengunjung dari Kota Bharu boleh ke Jeli untuk ke tasik ini.

Tidak sukar untuk ke jeti di Tasik Pergau ini, yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama. Kawasan ini turut dikenali sebagai Taman Lindungan Tasik Pergau, sebuah tasik 460 hektar yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.

Bagi peminat aktiviti memancing, Tasik Pergau mempunyai ikan air tawar seperti lampam , talapia dan toman. Di sepanjang tebing tasik pula, anda akan dapat melihat rusa yang datang ke tebing air untuk minum.

signboard-di-jeti  Papan maklumat di jeti untuk masuk ke taman santuri tasik pergau 

 

HUTAN HUJAN TERTUA DUNIA 

Dikelilingi hutan hujan yang menghijau, dan dikatakan lebih tua daripada tasik Amazon, Brazil, tasik ini menawarkan sebuah pengalaman unik kepada pengunjung. Pada malam hari, suhu di Tasik Pergau mencecah sehingga 18 darjah Celsius, seperti suhu di Tanah Tinggi Cameron.

Penginapan di sini mencukupi kerana Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) membuka chalet untuk pengunjung yang ingin bermalam di sekitar kawasan tasik.

Dengan harga yang berpatutan, termasuk kos menaiki bot, setiap pengunjung dapat bermalam di tepi tasik. Malah, resort di sini turut menawarkan kemudahan bagi mereka yang ingin mengadakan seminar dan kursus.

Resort ini dapat menempatkan lebih kurang 100 penghuni pada satu-satu masa. Antara kemudahan yang disediakan oleh Kesedar adalah enam chalet terapung. Terdapat juga kemudahan surau, khemah, hostel, dewan makan dan bilik mandi.

 

87 big                                                                                                                  Pandangan dekat Chalet terapung 

img-20160318-wa0051 1                                                                                                 

                                                                                            Chalet terapung ini tiada jalan hubungan dengan pulau

chalet-dalam                                                                                                                           Ruang tamu dalam Chalet 

p 20160317 140655                                                                                                                                        Titi gantung  

DSCN0276

TREK HUTAN 

Mereka yang berminat untuk melihat flora dan fauna di Tasik Pergau, resort Kesedar turut mengadakan program trek hutan untuk mereka, kata Che Zaaba. Pelancong yang ingin melawat Tasik Pergau boleh membuat tempahan di pejabat KESEDAR Wilayahi Jeli di talian 09-944 0281 atau faks kepada 09-944 1388. Che Zaaba juga boleh dihubungi di talian 019-929 1578 atau 014-6096023. Untuk mempromosikan Tasik Pergau, sebuah syarikat swasta iaitu Pergau Agro Resort Sdn Bhd melabur sebanyak RM5 juta bagi memperkenalkan konsep bercuti di kawasan ladang tanaman herba dan buah-buahan sambil menikmati keindahan Tasik Pergau. Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar itu yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan.

 

dn 14.1

                                                       Aktiviti Memancing di Tasik Pergau 

Bagi penggemar kaki pancing, di situlah "syurga" untuk menangkap spesis lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi. Di kelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, suatu yang lebih istimewa adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam. Berada pada paras ketinggian 2,400 kaki dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan.