PROGRAM : PENGENALAN DASHBOARD KOMUNITI

TARIKH : 15 OKTOBER 2017

MASA : 11.00 AM - 12.30 PM

LOKASI : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG KALAI

PESERTA : 7 ORANG

 

Tujuan :

Kelas Pengenalan Dashboard  Komuniti dihadiri pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang berjumlah 7 orang. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan dashboard komuniti kepada pelajar sekolah. Dimana Dashboard komuniti ini mempunyai banyak modul dan fungsi masing-masing. Antaranya ialah My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Place dan My Shop. Di dalam setiap modul ini terdapat kelebihan dan faedah yang banyak kepada setiap komuniti. 

Aktiviti :

Peserta didedahkan kepada setiap modul iaitu My Komuniti dimana peserta dapat membuat pengumuman penting berkaitan isu-isu semasa. Manakala My Health pula peserta dapat membuat pemeriksaan tekanan darah yang diperiksa oleh petugas Pi1m dan hasil pemeriksaan tersebut peserta dapat melihat data tersimpan didalam My Health. Peserta juga didedahkan kepada My Place supaya boleh melihat tempat-tempat menarik di sekitar komuniti. Manakala yang terakhir adalah My Shop. Didalam My Shop ini peserta dapat melihat jualan-jualan popular serta barangan yang dijual oleh komuniti setempat serta komuniti luar. 

 WhatsApp Image 2017 10 15 at 2.24.13 PM 5     WhatsApp Image 2017 10 15 at 2.24.13 PM 4