PROGRAM : KELAS SUNTINGAN GAMBAR

TARIKH : 08 JANUARI 2019

PESERTA :10 ORANG

KATEGORI : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

Tujuan :

Memberi latihan kepada peserta tentang suntingan gambar dengan menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti :

Peserta dikehendaki memasukkan gambar yang telah diarahkan oleh staf. Mereka perlu menyusun mengikut urutan yang diberikan supaya seragam. Aktiviti ini dibuat supaya peserta mahir dalam menjalankan kerja harian mereka seperti menyiapkan kerja sekolah atau kerja kursus mereka. Dengan cara ini mereka terdedah dengan IT .

 

Gambar Disini

 
 

PROGRAM : JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET  

TARIKH : 15 DISEMBER 2018

JUMLAH PENGUNJUNG : 127 ORANG

 

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 15.12.2018.

Aktiviti ini bertujuan :

- Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat

- Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat

- Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Antara Aktiviti Yang Diadakan adalah :

- Berus gigi beramai-ramai untuk kanak-kanak

- Mewarna

- Ceramah Kesihatan

- Pemeriksaan Kesihatan

- Klik Dengan Bijak

- Dashboard ( Masukkan Artikel Kesihatan di dalam MyKomuniti)

- Kuiz Online

Gambar Disini

 

 

PROGRAM : MENGIRA DAN MEWARNA 

TARIKH : 02 OKT 2018

PESERTA :10 ORANG

KATEGORI : PELAJAR SEKOLAH RENDAH, KANAK-KANAK DAN OKU 

 

Tujuan :

Memberi kemahiran dalam mengira secara lebih efektif kepada peserta disamping kemahiran mewarna untuk menghasilkan medium pelajaran yang lebih menarik .

 

Aktiviti :

Peserta diberi kertas latihan mewarna dan peserta hendaklah mengira dan menyelesaikan terlebih dahulu latihan matematik untuk membentuk sebuah lukisan sebelum peserta dapat mewarna mengikut kesesuaian warna bergantng kepada kreativiti masing-masing. Kelas Mewarna ini bukan semata-mata peserta mewarna tetapi lebih kepada latihan Matematik dan warna menjadi pembantu untuk peserta lebih mudah untuk mengingati sesuatu pembelajaran. 

Gambar Disini

 

PROGRAM : KELAS KEUSAHAWANAN 

TARIKH : 02-03 NOV 2018

PESERTA : 2 ORANG

KATEGORI : USAHAWAN 

 

 

Tujuan :

Memberi latihan dan bimbingan keusahawanan bagi usahawan tempatan 

Aktiviti :

Usahawan diberikan latihan asas modul microsoft word serperti menulis surat rasmi, membuat jadual dan dan lain-lain. Usahawan juga diberi latihan dan bimbingan mencipta halaman FACEBOOK untukperniagaan bagi memudahkan usahawan menjalankan perniagaan di atas talian.

Gambar Disini

PROGRAM : LATIHAN KEUSAHAWANAN

TARIKH : 02 SEPTEMBER 2018

PESERTA :2 ORANG

KATEGORI : WANITA

 

Tujuan :

Melatih wanita-wanita di kalangan komuniti supaya lebih mengenal IT dan lebih memudahkan urusan perniagaan mereka 

Aktiviti :

Peserta dilatih menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Google Maps. Didalam menggunakan Microsoft Word, mereka telah mencipta menu serta senarai harga yang akan dilekatkan di kedai mereka supaya komuniti lain tahu harga jualan mereka. Sebelum ini dikedai mereka tidak mempunyai senarai harga dan menu. Manakala Microsoft Excel mereka diajar mengira secara asas. Microsoft Power Point pula, mereka mencipta logo. Mereka juga diajar cara mempromosikan perniagaan mereka dilaman sosial. Di dalam Google Maps pula mereka menambahkan lokasi perniagaan mereka supaya oranag ramai lebih tahu Lokasi perniagaan mereka. Mereka juga diperkenalkan dengan laman web Sebenarnya.my supaya tidak mudah menyebarkan maklumat yang tidak benar

Gambar Disini