Salah satu daripada kawasan pelancongan yang terdapat di Jajahan Jeli adalah Air Terjun Lata Janggut. Lata Janggut terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Jeli. Ianya telah menjadi tempat menarik di Jeli kerana keindahan alam semulajadinya yang mampu menarik perhatian pelancong tempatan mahupun pelancong luar.

Air terjun ini telah dimajukan oleh Ketua Jajahan Jeli dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR. Terdapat ebberapa kolam mandi yang selamat untuk dijjadikan tempat mandi manda. Kolam ini terbentuk daripada batu batu di jeram itu.

Lata Janggut ini amat sesuai untuk mereka yang suka menikmati alam semulajadi yang dipenuhi flora dan fauna. Ketinggian air terjun di lata janggut ini adalah setinggi tiga tingkat dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat beriadah bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan.

Kemudahan yang disediakan

  • Tempat mandi yang selamat
  • Tandas awam
  • Wakaf
  • Surau
  • Tempat perkhemahan dan tempat letak kereta

Aktiviti Yang Boleh dijalankan

  • Mandi manda di air terjun yang selamat
  • Junggle Trecking
  • BBQ

Tarikan

  • Keindahan alam semulajadi yang terdiri dari flora dan fauna
  • Alam semulajadi yang tidak tercemar dengan arus pembangunan.

 

 


 

 Sumber: https://www.tempatmenarik.my/air-terjun-lata-janggut-tempat-menarik-di-jeli-kelantan/