PUSAT REKREASI GUNUNG RENG
JELI, KELANTAN: GUNUNG RENG yang terletak di tepi Lebuh raya Timur-Barat antara Jeli (Kelantan) dan Gerik (Perak) adalah sebuah gunung yang hanya gah di tempatnya. Gunung ini yang kadangkala digelarkan oleh segelintir masyarakat sebagai sebuah mitos, malah ada yang mendakwa sebagai lagenda dan sejarah. Usianya melebihi 1,400 tahun, Gunung Reng tetap berdiri di tempatnya, di bawahnya adalah sebuah gua dikenali Gua Payong.
Gunung Reng juga kaya dengan pelbagai cerita misteri sama ada tentang guanya, kisah Puteri Maryam binti Raja Loyor (Puteri Sa’adong) yang menjadikan sebuah bilik dalam gua berkenaan sebagai tempatnya bersemayam dan juga hulubalangnya menjadikan Gunung Reng menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam dan luar Kelantan. Disebabkan itulah, maka Gunung Reng turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan sebagai salah satu destinasi terbaik untuk dikunjungi.
Ada juga sepasang pengantin telah mengabadikan latar belakang Gua Payong dan Gunung Reng sebagai destinasi bulan madu mereka. Dalam konteks ini menunjukkan, Gunung Reng sentiasa di hati masyarakat dan pengunjung di negeri dan di negara kita. Mereka datang ke sini kerana kawasan berkenaan tersohor bukan sahaja telah dipaparkan dalam akhbar tetapi juga telah disebarkan dalam media elektronik dan blog. Apatah lagi, kawasan persekitaran Gunung Reng juga menjanjikan suatu ketenangan, sambil dapat menikmati hembusan bayunya yang lembut yang bertiup dari arah Sungai Reng dan juga dari puncak gunung dan Gua Payong itu sendiri.
Tapak kawasan Gunung Reng kini dibangunkan menjadi kawasan riadah. Pelbagai kemudahan disediakan seperti tandas awam, gerai makanan dan tempat permainan kanak-kanak.
Sumber: http://azmidestinasi.blogspot.my/2014/01/pusat-rekreasi-gunung-reng.html
Pengenalan
Kolam Air Panas Jeli ini terbit dari satu mata air panas dari sungai air sejuk. Pihak kerajaan telah membina beberapa buah kolam untuk menakung air panas yang dari mata air panas ini. Adalah dipercayai bahawa Kolam Air Panas ini mempunyai khasiat belerang yang dapat menyembuhkan penyakit kulit. Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa di tempat ini seperti tandas awam wakaf rehat dan tempat mandi.
Alamat |
Kolam Air Panas Jeli, 17600 Jeli, |
Pegawai Dihubungi |
Yang DiPertua Majlis Daerah Jeli |
Telefon |
09-9440023 |
Faksimili |
09-9440007 |
Pemilik/Agensi |
Majlis Daerah Jeli |
Waktu & Hari Operasi |
Setiap Hari |
Bayaran Masuk |
Percuma |
Lokasi
Kolam Air Panas Jeli terletak kira-kira 15 km dari bandar Jeli di Lebuhraya Timur Barat. Dari arah Jeli pintu masuk ke tarikan adalah ditanda dengan satu pintu gerbang di sebelah kanan. Jarak antara pintu gerbang dengan tarikan adalah kira-kira 500 m.
Pengangkutan Awam
Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi ke Kolam Air Panas Jeli. Walau bagaimanapun teksi mudah diperolehi di Bandar Jeli dengan harga tambang RM 8 sehala.
Tarikan
Merupakan satu-satunya kolam air panas di Jeli. Purata suhunya mencecah hampir 50 C. Menempatkan dua buah kolam dengan airnya dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit kerana kawasan ini mempunyai sifat-sifat galian yang baik. Persekitaran semasa tarikan ini terbiar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi menjadi tarikan kepada pelancong.
Sumber:http://www.come2kelantan.my/place/kolam-air-panas-jeli/