PROGRAM : BIODATA RASULULLAH

TARIKH : 06 NOVEMBER 2019

PESERTA : 10 ORANG

KATEGORI : SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

 

Tujuan:

  • Program ini dijalankan untuk :
  • Melahirkan komuniti yang bijak menggunakan microsoft word
  • Melahirkan komuniti yang cintakan Rasulullah SAW. 
  • Melahirkan komuniti yang tinggi pengetahuan tentang Nabi kita.
  •  

Aktiviti:

  • Staf mengajar peserta menggunakan teknik mencipta Poster Biodata Rasulullah S.A.W menggunakan microsoft word. Peserta perlu mencari maklumat tentang Biodata Rasulullah S.A.W. Peserta dikehendaki mengikut setiap langkah yang diajar supaya tidak ketinggalan dan menghasilkan biodata yang betul tentang Rasulullah SAW. Peserta juga perlu peka dengan setiap maklumat yang disampaikan oleh staf supaya mereka dapat mengaplikasikan dalam kegiatan aktiviti harian mereka. Dengan aktiviti ini peserta dapat belajar mengenali biodata Rasulullah S.A.W dan dapat menambah teknik baru dalam Microsoft Word

Gambar Disini

PROGRAM : TULISAN KHAT MENGGUNAKAN POWERPOINT

TARIKH : 08 OKTOBER 2019

PESERTA : 9 ORANG

KATEGORI : SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

 

Tujuan:

  • Program ini dijalankan untuk :
  • Melahirkan komuniti yang bijak menggunakan microsoft powerpoint
  • Melahirkan komuniti yang kreatif dalam mencipta sesuatu lukisan
  •  

Aktiviti:

  • Staf mengajar satu persatu kaedah membuat tulisan khat kepada peserta. Peserta dikehendaki mengikut setiap langkah yang diajar supaya tidak ketinggalan dan menghasilkan satu lukisan khat yang cantik dan seragam. Peserta juga perlu peka dengan setiap maklumat yang disampaikan oleh staf supaya mereka dapat mengaplikasikan dalam kegiatan aktiviti harian mereka. Dalam menghasilkan tulisan ini juga, peserta perlu memberi perhatian yang baik dalam membuat setting yang betul supaya dapat menghasilkan lukisan yang menarik.

Gambar Disini

PROGRAM : PENGHASILAN VIDEO (JENAYAH SIBER)

TARIKH : 3 OGOS 2019

PESERTA : 8 ORANG

KATEGORI : 13 TAHUN - 40 TAHUN

 

Tujuan:

  • Program ini dijalankan untuk :
  • Memberi ilmu tentang menghasilkan video menggunakan Microsoft Power Point
  • Melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif

 

Aktiviti:

  • Staf memperkenalkan pengunaan Microsoft Power Point dan memberi tajuk yang sesuai sempena Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Kalai. Peserta perlu mencari maklumat sendiri menggunakan kemudahan yang disediakan iaitu internet. Aktiviti ini juga boleh melahirkan individu bijak dalam mencari maklumat serta menghasilkan sebuah video yang boleh memberi maklumat yang tepat, padat dan betul. Video yang menarik dipilih sebagai pemenang.

Gambar Disini

PROGRAM : PUZZLE KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2019

PESERTA : 6 ORANG

KATEGORI : SEKOLAH RENDAH

 

Tujuan:

  • Program ini dijalankan untuk :
  • Melahirkan komuniti klik dengan bijak
  • Melahirkan komuniti bijak dalam membuat sesuatu 

Aktiviti:

  • Staf menyediakan puzzle klik dengan bijak kepada peserta. Peserta dikehendaki mencantumkan kesemua puzzle tersebut dengan betul dan tepat. Peserta juga perlu peka terhadap maklumat yang terdapat di puzzle tersebut. Peserta perlu tahu bahawa tidak semua yang viral di internet adalah betul. Peserta dan komuniti lain perlu bijak dalam menyebarkan maklumat pada masa sekarang.

Gambar Disini

PROGRAM : MICROSOFT PUBLISHER (BIODATA KELUARGA)

TARIKH : 8 JUlAI 2019

PESERTA : 5 ORANG

KATEGORI : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

Tujuan:

  • Program ini dilatih untuk :
  • Memberi ilmu tentang penggunaan Microsoft Publisher
  • Memberi kemahiran dalam menggunaan perisian Microsoft Publisher

Memberi kemahiran memegang tetikus lebih baik

Aktiviti:

  • Staf memperkenalkan pengunaan Microsoft Publisher dengan menyediakan modul untuk latihan membuat biodata keluarga. Staf juga mengajar peserta membuat biodata keluarga menggunakan Microsoft Publisher berdasarkan modul yang disediakan dan juga memastikan peserta dapat mengisi maklumat biodata keluarga mereka sendiri. Dengan ini juga peserta dapat mengetahui tahap pengetahuan mereka tentang keluarga mereka sendiri. 
    • Pengajaran ini juga adalah untuk penggunaan masa depan peserta serta mengisi masa lapang peserta daripada perkara yang boleh melalaikan.

 

Gambar Disini