BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Sya Aleesya Mamaraphi

Umur : 9 Tahun

Ahli : 2017

Latar Belakang

Merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik. Mula menjadi ahli pi1m pada bulan Mei tahun 2017. Sangat minat mempelajari it dan sering menyertai kelas yang diadakan oleh staf PI. Suka melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan disekolah

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pi

Sebelum melibatkan diri dengan PI, beliau tidak tahu cara mengendalikan dan menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan Pi

Setelah menyertai kelas di PI, beliau semakin pandai dan mahir dalam melayari internet serta sering datang ke PI untuk meningkatkan kemahiran dalam it.

WhatsApp Image 2018 05 19 at 8.30.43 AM

Nama: Azira binti Mohd Amin

Umur : 41 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mengambil kesempatan mencari pendapatan dengan menjual secara kecil-kecilan. Sangat meminati bidang perniagaan. Memulakan perniagaan pada awal julai 2018. Merupakan anak sulung daripada enam beradik. Beliau merupakan penduduk tetap Kg Kalai yang baru berjinak dalam bidang perniagaan dan  telah mengikuti pembelajaran di Pusat Internet Kg Kalai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas asas online beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau akhirnya dapat  mencipta email serta mempromosikan hasil perniagaan beliau dilaman sosial.

                                       WhatsApp Image 2018 09 21 at 10.41.23 AM 1

USAHAWAN IPT

Nama: NurulHuda Binti Ahmad

Umur : 21 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar KIAS yang mengambil jurusan Ijazah dalam bidang syariah. Sangat meminati bidang perniagaan. Memulakan perniagaan pada awal januari 2018. Merupakan anak bongsu daripada enam beradik. Beliau merupakan usahawan yang baru berjinak dan  telah mengikuti pembelajaran di Pusat Internet Kg Kalai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

NurulHuda merupakan usahawan kecil yang yang berniaga choco crispy serta coklat viral secara offline. Beliau hanya berniaga secara offline di IPT beliau dan dirumah. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi Kampung Kalai bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Kini pengiklannya mendapat sambutan yang tinggi hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi Kampung Kalai, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian dan telah menambahkan stok yang lebih kerana permintaan pelanggan yang tinggi.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, NurulHuda tetap berkunjung ke Pi Kg Kalai bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya.

 

WhatsApp Image 2018 05 19 at 7.15.04 PM 1            

                                         Di antara produk yang dipasarkan 

 

Nama: Norlaila Binti Che Talib

Umur : 36 Tahun

Ahli : 2018

Latar belakang

Merupakan seorang surirumah yang berniaga secara kecil-kecilan bagi mencari pendapatan. Beliau telah memulakan perniagaan selama 10 tahun. Beliau merupakan penduduk tetap Kg Kalai. Beliau sangat meminati dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas asas online beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online. Beliau suka melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di PI. Suka bertanya tentang IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau akhirnya dapat menguasai Microsoft office asas serta  mencipta email, menambah lokasi perniagaan didalam google maps.  

 

                                                                  aa 1

                                                                       Warung Nasi Ila

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhd Nursyahmil bin Mohd Izani

Umur : 13 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Merupakan anak ketiga dari empat beradik.Mula menjadi ahli pi1m pada bulan 5 tahun 2017.Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Mendapat tempat kedua di dalam kelas. Bercita-cita menjadi askar.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pi1M

Sebelum beliau melibatkan diri di Pi1m Kg Kalai, beliau tidak cekap menaip,mencetak dan menggunakan internet. Beliau hanya datang menemani kawan sahaja. Untuk menyiapkan kerja kursus sekolah beliau meminta bantuan petugas Pi1m.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan Pi1M 

Beliau telah menyertai kelas ICT yang disediakan oleh petugas seperti belajar menaip, mencetak, serta mencari maklumat di dalam internet. Hasil daripada penyertaan kelas ICT, beliau telah cekap menaip, mencetak serta mencari maklumat menggunakan internet bagi kegunaan harian serta menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru beliau tanpa bantuan petugas Pi1m lagi. Walaupun beliau telah cekap dalam penggunaan ICT, beliau tetap mengunjungi serta menyertai kelas- kelas ICT yang disediakan oleh petugas Pi1m.

IMG 0007

Salah satu kelas ICT yang telah beliau sertai dan mendapat penghargaan daripada Pi1m