BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhd Nursyahmil bin Mohd Izani

Umur : 13 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Merupakan anak ketiga dari empat beradik.Mula menjadi ahli pi1m pada bulan 5 tahun 2017.Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Mendapat tempat kedua di dalam kelas. Bercita-cita menjadi askar.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pi1M

Sebelum beliau melibatkan diri di Pi1m Kg Kalai, beliau tidak cekap menaip,mencetak dan menggunakan internet. Beliau hanya datang menemani kawan sahaja. Untuk menyiapkan kerja kursus sekolah beliau meminta bantuan petugas Pi1m.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan Pi1M 

Beliau telah menyertai kelas ICT yang disediakan oleh petugas seperti belajar menaip, mencetak, serta mencari maklumat di dalam internet. Hasil daripada penyertaan kelas ICT, beliau telah cekap menaip, mencetak serta mencari maklumat menggunakan internet bagi kegunaan harian serta menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru beliau tanpa bantuan petugas Pi1m lagi. Walaupun beliau telah cekap dalam penggunaan ICT, beliau tetap mengunjungi serta menyertai kelas- kelas ICT yang disediakan oleh petugas Pi1m.

IMG 0007

Salah satu kelas ICT yang telah beliau sertai dan mendapat penghargaan daripada Pi1m