USAHAWAN MUDA

Nama : Abdul Syafizi B Sallah

Umur : 22 Tahun

Ahli : 2017

Latar Belakang

Abdul Syafizi merupakan usahawan muda di Kg Kalai, Jeli Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi1M

Abdul Syafizi merupakan usahawan muda dikawasan Kampung Kalai dan telah membuka sebuah Restaurant yang megusahakan jualan burger. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pi1m beliau hanya megiklankan jualan beliau dengan hebahan daripada kawan-kawan serta orang kampung. Kaedah ini tidak menjadi sambutan yang hebat dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi1M

Selepas mengikuti kelas ICT serta melibatkan diri dengan Pi1m Kg Kalai, beliau sedar dengan kaedah pegiklanan semasa. Beliau telah mempelajari teknik pemasaran serta pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak teknik pemasaran yang dipelajari beliau seperti pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Kini pengiklanan beliau mendapat sambutan yang tinggi. Hasil daripada mengikuti kelas ICT di Pi1m Kg Kalai, beliau mampu menghasilkan iklan secara talian serta kreatif dalam megiklankan produk jualan burger beliau.

Walaupun beliau telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Abdul Syafizi sentiasa mengunjungi Pi1m Kg Kalai bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT serta menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pi1m ini. Beliau juga memerlukan kelengkapan ICT, komputer, serta internet berkelajuan tinggi dan mesin percetakan bagi menyiapkan iklan burger beliau.

IMG 0079