USAHAWAN IPT

Nama: NurulHuda Binti Ahmad

Umur : 21 Tahun

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar KIAS yang mengambil jurusan Ijazah dalam bidang syariah. Sangat meminati bidang perniagaan. Memulakan perniagaan pada awal januari 2018. Merupakan anak bongsu daripada enam beradik. Beliau merupakan usahawan yang baru berjinak dan  telah mengikuti pembelajaran di Pusat Internet Kg Kalai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

NurulHuda merupakan usahawan kecil yang yang berniaga choco crispy serta coklat viral secara offline. Beliau hanya berniaga secara offline di IPT beliau dan dirumah. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi Kampung Kalai bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Kini pengiklannya mendapat sambutan yang tinggi hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi Kampung Kalai, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian dan telah menambahkan stok yang lebih kerana permintaan pelanggan yang tinggi.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, NurulHuda tetap berkunjung ke Pi Kg Kalai bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya.

 

WhatsApp Image 2018 05 19 at 7.15.04 PM 1            

                                         Di antara produk yang dipasarkan