KOLAM AIR PANAS 

Pengenalan

Kolam Air Panas Jeli ini terbit dari satu mata air panas dari sungai air sejuk. Pihak kerajaan telah membina beberapa buah kolam untuk menakung air panas yang dari mata air panas ini. Adalah dipercayai bahawa Kolam Air Panas ini mempunyai khasiat belerang yang dapat menyembuhkan penyakit kulit. Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa di tempat ini seperti tandas awam wakaf rehat dan tempat mandi.

Alamat Kolam Air Panas Jeli, 17600 Jeli,
Kelantan
Pegawai Dihubungi Yang DiPertua Majlis Daerah Jeli
Telefon 09-9440023
Faksimili 09-9440007
Pemilik/Agensi Majlis Daerah Jeli
Waktu & Hari Operasi Setiap Hari
Bayaran Masuk Percuma

 

Lokasi

Kolam Air Panas Jeli terletak kira-kira 15 km dari bandar Jeli di Lebuhraya Timur Barat. Dari arah Jeli pintu masuk ke tarikan adalah ditanda dengan satu pintu gerbang di sebelah kanan. Jarak antara pintu gerbang dengan tarikan adalah kira-kira 500 m.

Pengangkutan Awam

Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi ke Kolam Air Panas Jeli. Walau bagaimanapun teksi mudah diperolehi di Bandar Jeli dengan harga tambang RM 8 sehala.

Tarikan

Merupakan satu-satunya kolam air panas di Jeli. Purata suhunya mencecah hampir 50 C. Menempatkan dua buah kolam dengan airnya dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit kerana kawasan ini mempunyai sifat-sifat galian yang baik. Persekitaran semasa tarikan ini terbiar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi menjadi tarikan kepada pelancong.

 

SUMBER:http://www.come2kelantan.my/place/kolam-air-panas-jeli/