NAMA : Siti Fazuria Binti Juha

UMUR: 34 TAHUN

AHLI PI: 2019

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan secara online. Beliau menjual pelbagai produk secara  online

Latar belakang

Beliau merupakan seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak. Beliau berniaga untuk membantu suami mencari pendapatan sampingan 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri sebagai usahawan PI beliau hanya berniaga secara ambil tempahan atas permintaan pelanggan sahaja melalui whatsapp sahaja kepada kenalan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat melebarkan perniagaan beliau dengan membuat promosi di media- media sosial seperti shopee paling terbaru beliau sertai.

 

photo6177002264548452965

 

NAMA : Nor Suzana Binti Ismail

UMUR: 24 TAHUN

AHLI PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan secara online dan offline. Beliau menjual tudung shawl berjenama Zannaz

Latar belakang

Merupakan pelajar IPT. Beliau belajar Bacherlor of Science ( Hons) Applied Chemistry, UiTM Arau Perlis. Beliau baru berjinak dalam perniagaan bagi mencari pendapatan sampingan dan mengisi masa terluang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat  menaip menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point. Ini memudahkan beliau membuat catatan tentang perniagaan serta lain-lain bagi mempromosikan produk jualan dikedai beliau. Beliau juga telah memasukkan lokasi kedai beliau didalam google maps.

ig

NAMA : Abdul Syafizi b Sallah

UMUR: 25 TAHUN

AHLI PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan berasaskan makanan western. Mulai membuka restoran makanan western sejak tahun 2017. Pada awal perniagaan memulaikan perniagaan tersebut secara gerai kecil di hadapan rumah.

Sejak kini perniagaan beliau berkembang ke dari gerai ke sebuah restoran makanan Western terkenal di daerah Jeli. Beliau memiliki pekerja seramai 5 orang. Beliau menerima tempahan daripada pelanggan melalui online dan offline.

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar lepasan Politeknik Kota Bharu serta mengambil jurusan Diploma pengajian perniagaan. Sangat meminati bidang perniagaan. Memulakan perniagaan pada awal januari 2017. Merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Beliau merupakan usahawan berjaya yang telah mengikuti pembelajaran di Pusat Internet Kg Kalai. Beliau membuka perniagaan ini bersama kakaknya sebagai rakan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, Beliau dapat menarik pelanggan datang ke restorannya melalui promosi yang dilakukan oleh pihak beliau dan pusat internet sendiri. Beliau juga merenut peluang semasa tempoh perintah kawalan pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia

 

ALFATH

NAMA : Siti Norasma Bt Abdul Rahman

UMUR: 28 TAHUN

AHLI PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan secara online dan offline. Beliau menjual deodorant iaitu ‘Ketiak Wangi’ dan juga barangan kosmetik.

Latar belakang

Merupakan Ibu kepada dua orang anak perempuan. Beliau merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau sudah lama berjinak dalam perniagaan bagi mencari pendapatan sampingan bagi membantu suami dan mengisi masa terluang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat  menaip menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point. Ini memudahkan beliau membuat catatan tentang perniagaan serta lain-lain bagi mempromosikan produk jualan dikedai beliau. Beliau juga telah memasukkan lokasi kedai beliau didalam google maps.

WhatsApp Image 2020 09 28 at 11.05.19 AM

NAMA : Atirah Wardah binti Hussin Khoo

UMUR: 19 TAHUN

AHLI PI: 2018

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan secara online dan offline. Beliau menjual Ccob Malaysia minicococrunch Cadbury leleh, air jagung viral dan juga barangan kosmetik.

Latar belakang

Merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Beliau baru menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Dato’ Mahmood. Beliau baru sahaja berjinak dalam perniagaan selepas tamat persekolahan bagi mencari pengalaman serta mencari pendapatan sampingan untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat  menaip menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point. Ini memudahkan beliau membuat catatan tentang perniagaan serta lain-lain bagi mempromosikan produk jualan dikedai beliau. Beliau juga telah memasukkan lokasi kedai beliau didalam google maps.

 

WhatsApp Image 2020 06 22 at 4.42.03 PM 1