NAMA : Humaira Binti Hamid

UMUR: 20 TAHUN

AHLI PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan secara online dan offline. Beliau menjual chocojar, pekasam 3 legasi  dan tudung

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi. Beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan pada tahun 2019. Beliau merupakan anak ketiga dari tujuh adik beradik. Setelah lama berjinak dalam dunia perniagaan dan mendapat sokongan dari ibu bapa dan sahabat handai, beliau mula serius dalam perniagaan. Dalam pada itu, peajaran tidak dilupakan. Beliau bijak membahagikan masa. Beliau merupakan penduduk tetap Kampung Kalai. Dengan berniaga, beliau dapat membeli barangan dengan hasil titik peluh beliau sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat  menaip menggunakan Microsoft office serta menggunakan internet. Ini memudahkan beliau menyimpan maklumat perniagaan beliau. Beliau juga telah memasukkan lokasi kedai beliau didalam google maps untuk memudahkan komuniti mencari lokasi untuk membeli produk beliau.

 

photo6204091061370989595