NAMA : Amirah Imanina Ab Azim

UMUR: 17 TAHUN

AHLI PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan secara online dan offline. Beliau menjual chocojar, scilla perfume dan kerepek mama

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar sekolah. Beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan pada tahun 2018. Beliau merupakan anak sulong dari tiga beradik. Permulaan itu hanya suka-suka sahaja. Setelah lama berjinak dalam dunia perniagaan dan mendapat sokongan dari ibu bapa dan sahabat handai, beliau mula serius dalam perniagaan. Dalam pada itu, peajaran tidak dilupakan. Beliau bijak membahagikan masa. Beliau merupakan penduduk tetap Kampung Kalai. Dengan berniaga, beliau dapat membeli barangan dengan hasil titik peluh beliau sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya mengetahui asas-asas ICT sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pi, beliau akhirnya dapat  membuka akaun shopee bagi meluaskan lagi perniagaan jualan tudung beliau. Tudung yang dijual merupakan jenama beliau sendiri. Perniagaan beliau mempunyai peningkatan yang baik kerana ramai pembeli yang telah membeli jualan beliau. Ada yang membuat pesanan beberapa kali kerana berpuas hati dengan harga dan kualiti yang beliau sediakan.

 

 

photo6197055947889814262