SEJARAH SEKOLAH
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN 2007Sekolah Kebangsaan Kalai adalah sebuah sekolah pendalaman yang terpencil. Ia terletak kira kira 125 km dari bandar Kota Bharu. Sekolah ini terletak berhampiran sempadan negara Thailand iaitu kira kira 5 km sahaja. Ia dipisahkan dengan kawasan berbukit, pertanian, hutan simpan dan FELCRA.Sekolah Kebangsaan Kalai dibuka pada tahun 1962 secara resmi. Pada asalnya, ia merupakan sekolah rakyat yang diasaskan oleh Penghulu Awang Ali. Kerajaan telah mengambil alih pengurusan sekolah ini bagi membendung kegiatan komunis pada masa itu.Latar belakang muridnya terdiri daripada kaum Melayu dan anak-anak pendatang dari kawasan Hilir.
Pada tahun pertama dibuka , muridnya lebih kurang 20 orang dengan seramai 3 orang guru.Terdapat 2 kelas bercantum didalam sebuah bangunan kayu. Ia ditadbirkan oleh Guru Besar pertama iaitu En Ismail bin Zakaria dari tahun 1962 hingga 1968.Dari tahun ke tahun Sekolah Kebangsaan Kalai berkembang dengan pesat . Ini berlaku dengan pembukaan tanah baru dan perpindahan masuk penduduk dari hilir. Infrastruktur kampung juga telah dibaiki , sehingga sekarang ia tidak ketinggalan dari kawasan bandar.Sehingga sekarang tahun 2007 bulan Jun terdapat 27 orang guru , 6 orang staf sokongan 1 dan 11, 5 orang pekerja kontrek dan seramai 279 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 berserta 50 orang murid Prasekolah.Pada masa sekarang Sekolah Kebangsaan Kalai terdiri daripada 10 kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan 2 kelas Prasekolah. Bangunan baru ini siap dibina pada awal tahun 2003, sebagai lambang bangunan kerajaan yang terindah dan tertinggi di kampung ini.Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini.
1. En. Ismail b. Zakaria (1962 hingga 1968)
2. En. Abdul Rahman b. Yussof (1968 hingga 1970)
3. En. Othman b. Hj. Abdullah (1970 hingga 1972)
4. En. Muhammad b. Hj. Abd. Ghani (1973 hingga1979)
5. En. Abd.Ghani b. Ahmad (1980 hingga 1983)
6. En. Azham b. Sutan (1983 hingga 1986)
7. En. Hj Abd. Manaf b. Yussof (1987 hingga Dis 1987)
8. En. Ab. Halim b. Ahmad (1988 hingga 1995)
9. En. Zawawi b. Hj. Abdullah (1995 hingga 1998)
10. En. Che Rameli b. Che Ab.Rahman (1998 hingga 2003)
11. En. Ismail b. Zakaria (Jan 2004 hingga 30 Ogos 2006)
12. En. Isa b. Hj. Awang (1 Sept. 2006 hingga 16 Jun 2007)

VISI
MEWUJUDKAN IKLIM DSEKOLAH YANG CERIA ,UNGGUL DAN GEMILANG
MISI
BERUSAHA MEMPASTIKAN SETIAP MURID MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
BERUSAHA MEMPASTIKAN SETIAP MURID MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM