Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- 2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- 4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- 5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Kesihatan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Antara pusat kesihatan yang disediakan dalam Jajahan Batu Melintang ialah:
- Klinik Kesihatan Kg.Gunong
- Klinik Desa Pendok
- Klinik Desa Kalai
- Klinik Desa Sg. Long
- Klinik 1Malaysia Lakota
Kesihatan amat penting untuk semua individu dalam menjalani kehidupan seharian. Kg Kalai terletak dalam jajahan Batu Melintang Jeli, Kelantan. Antara pusat kesihatan yang disediakan dalam jajahan batu melintang ini ialah klinik desa Kg Kalai, klinik desa Pendok, klinik desa Batu Melintang dan klnik desa Sg Long. Di bawah adalah salah satu klinik terdekat yang disediakan di Kg Kalai.
Klinik desa Kg Kalai
Halaman 2 dari 2