Kampung kalai mempunyai penduduk yang padat dan mempunyai kemudahan dan perkhidmatan yang sangat bagus. Antara kemudahan yang telah disediakan ialah

  • Masjid Mukim Kalai
  • Madrasah  Al – Taqwa
  • Tadika Kemas Che Omar
  • Sekolah Kebangsaan Kalai
  • Klinik Kesihatan Kampung Kalai 

FUNGSI KEMUDAHAN ASAS DI KAMPUNG KALAI

1.Masjid

  • Kemudahan Masjid di setiap kampung memudahkan penduduk untuk beribadah dan melakukan aktiviti keagamaan seperti Tadarus Al-Quran, Berzanji, Khatam Al-Quran, dan sebagainya. Terdapat juga majlis-majlis keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Ceramah Agama dan sebagainya.

MASJID KG KALAI EDIT

2.Madrasah

  • Madrasah juga merupakan tempat untuk penduduk beribadah serta melakukan aktiviti keagamaan seperti Tadarus Al-Quran, Berzanji, Khatam Al-Quran, dan sebagainya. Selain itu, surau juga dijadikan tempat untuk penduduk bermesyuarah bagi menjalankan aktiviti kampung.

Untitled

 

3.Tadika Kemas

  • Tadika kemas ini berfungsi bagi meningkatkan keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak.

 

Untitled n

4.Sekolah

  • Kemudahan sekolah disediakam bagi memudahkan penduduk menjalankan kegiatan belajar mengajar serta menjadi tempat memberi dan menerima pelajaran yang sesuai. Sekolah menjadi tempat didik anak- anak dengan maksud mengajarkan mereka mampu menjadi manusia yang berguna bagi kemajuan bangsa.

 

sek keb kalai

5.Klinik

  • Klinik desa berfungsi bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk kampung

 

klinik desa kg kalai